26 November 2022 (Sabtu) – Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim berkenan berangkat melancarkan Johor YACHT Club, Johor Jeep Owners Club dan Pertandingan Johor Speed Fest 2022 yang berlangsung bertempat di R&F Marina Place, Johor Bahru, Johor hari ini.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak penganjur termasuklah pameran himpunan kenderaan berkuasa tinggi, persembahan kebudayaan dan bazar serta gerai jualan makanan turut diadakan bagi memeriahkan festival yang julung kali dianjurkan bertempat di R&F Marina Place, Johor Bahru, Johor. Masuk adalah percuma.
Sorry, the comment form is closed at this time.